KAEDAH RAWATAN
Biasanya dos 1gm Vitamin C diberi setiap kali suntikan dan suntikan yang disyorkan adalah sebanyak 10 kali.
Lazimnya,
kesan ke atas kulit dapat dilihat tiga hingga empat hari selepas
suntikan dilakukan. Kulit akan menjadi lebih tegang, masalah kulit
seperti pigmentasi berkurangan, kulit semakin cerah dan halus, dan
sebagainya.
Bagi mengekalkan kesan positif yang
telah diperolehi, rawatan susulan perlu dilakukan. Ini termasuklah
menggunakan produk penjagaan kulit seperti krim Vitamin C, mengambil
makanan tambahan yang kaya dengan Vitamin C,menjaga diet dan mengamalkan
gaya hidup sihat.
Jika mereka ingin
mengulangi rawatan suntikan Vitamin C, ia boleh diambil selepas enam
bulan atau setahun, namun ia bergantung pada keperluan seseorang. Bagi
mereka yang mempunyai masalah kulit berkedut atau berparut akibat bekas
jerawat dan sebagainya, suntikan Vitamin C bersama kolagen dapat
membantu memulihkan kulit dengan lebih berkesan.
Suntikan
Whitening (pemutih) juga boleh diambil bagi meratakan warna kulit muka
sekaligus menjadikan wajah lebih cerah dan berseri.